It is because… (Izinkan saya guna Bahasa Melayu secara sopan (hopefully). =)
1. Saya Pelanggan Setia Maybank
1. Saya Pelanggan Setia Maybank
Dah berpuluh tahun saya guna perkhidmatan Maybank.
Menyimpan, melabur, meminjam, dan yang paling banyak saya buat, mengeluar!
Hehe. Nampak tak setianya saya dengan Maybank. Tambah pula ada perbankan online
maybank2u.com . Semua di hujung jari. Jimat masa banyak faedah. Thank you
Maybank. So as a loyal customer, can I have the tickets? Still can’t right? Yes
I know, tak cukup sebab lagi untuk Maybank bagi saya tiket percuma. Teruskan
membaca.
2. Legoland Taman Tema terbaru di Malaysia
2. Legoland Taman Tema terbaru di Malaysia
Wow! Impressive and excited bila dapat tahu Legoland akan
dibina di Malaysia. Sudahla di negara sendiri, dibina pula di negeri kelahiran
dan tempat tinggal saya kini, Johor. Wahh, bersemangat rasanya nak bawa
anak-anak buah pergi bermain di sana. Tetapi apakan daya, kami hanya mampu
berhenti di hujung highway yang boleh kami intai permainan-permainan dalam
Legoland yang meriah dan seronok! Hal ini kerana harga tiket agak membebankan
untuk bawa kami semua bermain di dalam sana. Rasa bersalah bila hanya mampu
member harapan palsu pada anak-anak buah. =( Duit memang boleh dikumpul, tapi
makan masa yang lama. Jika Maybank bagi tiket percuma, kuranglah masa
mengumpul. =)
Nak jumpa maskot-maskot Legoland ni!! |
3. Impian Melancong
Siapa yang tidak teringin untuk melihat suasana di tempat
orang lain kan? Jauh perjalanan, luas pemandangan. Impian melancong ke
sana-sini hanya mampu dipendam memandangkan kos yang tinggi dan belum dapat dikumpul.
Jika dapat masuk ke Legoland? Seronoklah! Sebab di Miniland ada pelbagai
tarikan negara-negara serantau Asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand,
India, dan lain-lain seperti gambar di bawah ni;
4. Legoland + Maybank = Awesome!
Seharian ber’joging’ serata laman web untuk ambil tahu tentang Legoland.
Singgah juga di Facebook Maybank, ada gambar Castle di Legoland yang tersergam
dengan Logo Maybank! Wah, partnership yang hebat. Dan saya dapat tahu ada
maskot dari Maybank bertema Legoland, namanya Sir Save A Lot? Cool! ^~^
5. Hiburan Keluarga Astro Ceriaaa
Taman tema terbaru ini sangat menarik! Legoland ke-6 di
dunia, dan yang pertama di Asia. Kalau dah ke-6, tentulah tarikannya sangat
menghiburkan seisi keluarga. Bertaraf antarabangsa. Keluarga pula jenis happy-go-lucky
dan sukakan hiburan.
Sampaikan kalau tak dapat, sanggup pula buat macam Legoman ni;
P/S : Boleh ye Maybank? 2 tiket pun cukup. Syukurrr... Terima kasih!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan