Rabu, 4 Julai 2012

Assalamualaikum..

sebulan tanpa catatan..sebulan itu bermacam2 yang berlaku ke atas diriku..insyaAllah..kita akan berjumpa lagi..

edit:
"tarik nafas..hembus.. tarik nafas..hembus..tarik nafas..hembus.." senyap..

beberapa ketika kemudian..

"Nora..Nora..nora........nora..nora.." urghhh...aku kat mana ni? iskkk..sakit..
oh!baru aku teringat..aku di bilik bedah. aku baru lepas dibedah..sesuatu dari tubuhku telah dibuang. kesan ubat bius masih kuat. aku nak bercakap pon mcm terasa tebalnya lidah.kebas..sakit di bahagian perut masih terasa...

aku terus dihantar ke wad. tertidur entah hingga jam berapa.. esoknya baru aku tersedar dan agak waras. aku bertanya kepada abg, berapa jam aku di dalam dewan bedah? "dari jam 6 hingga 12 tgh mlm awak kat dlm" katanya..uhhhh..lamanya!!!

rupanya ada beberapa masalah lain yang dapat dikesan, setelah aku dibedah.aku dh dpt agak, pasti ini akan berlaku...

6 hari aku di wad.macam2 yang aku dapt,aku belajar,aku tengok, aku rasa. ramai doktor yang dtg ke katil ku. selama 6 hari itu juga, pelbagai ubat yang masuk ke badanku.

Alhamdulillah, akhirnya aku dibenarkan pulang..aku juga bersyukur kerana sangkaan dan cerita-cerita yang aku dgr tentang hospital selama ini adalah tidak benar. apa yang aku rasa, layanan dan rawatan yang diterima adalah baik2 belaka. walaupun aku tak pernah merasa layanan hospital 'mahal'.. tetapi bagi aku, segala layanan yang diberikan adalah terbaik dari mereka. jika ada pon yang tidak berpuas hati, cuma seorang. ya, cuma seorang yang akan aku ingat sampai bila2..jadi, jgn jadikan ianya kudis pula bagi yg lainnya.

dan, selama aku di hospital, segala kos adalah RM1 sahaja..utk pendaftaran!

syukran..syukur..alhamdulillahhh!!
rindu..

oh..rindu aku padanya..
sudah 4 tahun kami bersama..
bermanja mesra..
mengulit bersama..
kenangan nan indah..

kenakalan mu..
terkadang melemaskan aku..
tetapi bila kau tiada..
aku merindu..

oh..kenangan bersamamu..
aku rindu belai manjamu
aku rindu memarahimu..
aku rindu suaramu itu..

ke mana kah kau sayang?
adakah kau telah pergi 'jauh'
atau telah diambil orang?

kembalilah sayang..
aku merinduimu... !!

KIMO....