Selasa, 24 April 2012

EmAk EnCik!

Ayah@abah@papa@abi@walid@.... untuk kami sekeluarga, kami memanggilnya "Encik". Dari arwah atuk aku lagi..panggilan itu dah wujud.

Arwah encik merupakan seorang yang amat penyayang. Aku masih ingat, tatkala aku baru masuk darjah 1, encik sanggup menunggu aku di sekolah sampai waktu rehat. bila makan, wah!sedap2 makanan yang encik belikan. tak macam murid2 lain. aku ditemani sehingga seminggu. aku tak malu pon dgn murid2 lain. bahkan mungkin mereka cemburu dgn layanan yang aku terima. hehe..

Semakin dewasa, aku semakin lalai untuk menghargai jasa encik.terkadang aku melawan cakap encik. oh tidak..menyesal kini dah tak berguna.. tetapi aku tau, encik sangat menyayangi..

Banyak yang nak aku catatkan..tapi biarlah dulu.. hari ni aku jumpa gambar lama ini..yang penuh nostalgia. gambar ni diambil pada tahun 1978. tahun aku dilahirkan.. tp masa gbr ni, mungkin aku masih dlm perut mak..hehehe..   Al-Fatihah untuk arwah encik. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Emak..mak adalah ibu yang paling sporting didunia.Tapi kalau mak mula marah, tahan telinga jer lahhh.. Cucu-cucu pon dah faham perangai nenek mereka. Semoga emak terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dan sentiasa dlam rahmat Illahi. Amin.

Aku sayang mereka berdua..sayang sangat2!!


Ahad, 22 April 2012

HaraPanKu..

 Allah S.W.T maha mengetahui. Setiap perancangan-Nya pasti ada kebaikkan..

InsyaAllah, segalanya aku serahkan kepada yang Maha Esa..Mungkin jika ada rezeki, aku dapt yg macam ni....

atau yang ini...

berbaik sangka kepada Allah.. Aminnnnn

Khamis, 12 April 2012

Alhamdulillah..aku bersyukur sgt kerana dipertemukan dgn insan yang sgt baik hati dan memahami. Beliau memberi peluang untuk aku berusaha dan mencari jalan untuk menambahkan pendapatan utk aku memperbaiki taraf kehidupan aku. Aku tak akan mempersiakan peluang ini. Aku dah pon meminta izin dari abg utk membuat kerja sambilan ini, dan dia membenarkan aku sekiranya pulang lewat dari biasa. Harap-harapnya, kepercayaan yang diberi akan terus berkekalan. Aku tau, mungkin inilah caranya utk aku memperbaiki masalah kewangan yg semakin meruncing..

Semoga dipermudahkan...

Rabu, 11 April 2012

Sekian lama menyepi..kini aku kembali. Apa yang diharapkan? hanya catatan dari hati..mungkin dan pasti..