Rabu, 19 September 2012

Catatanku..



Hai semua. Amboi,raya dah pon berlalu, baru nk update blog? hebatnya kau..
Alhamdulillah, raya tahun ni disambut secara sederhana tapi meriah.Sepanjang bulan puasa, letih membantu cik abg berniaga. Akhirnya aku gak yang mcm nk pengsan! Ingat, thn dpn kalau panjang umur.. aku tknak lagi berniaga kat depan sharp tu. huh..jauh berbatu2, tp kurang sambutan. takpe, adat berniaga. redha je lerrr

Raya thn ni di rumah mertua. Aku membantu setakat yang perlu. Masa memasak untuk mengunjung, mak mertua dah siapkan awal2. Aku tlg membungkus je la..hehehe.. Raya pertama, mak mertua ckp nk buat makan ala2 kampung.So, aku buat kerabu kacang panjang dengan kerabu kacang botol. sedappp! *peh..perasan sendiri nampak!* pastu ade ikan kering bulu ayam digoreng, limpa goreng halia dan ayam masak merah. alhamdulillah..

Oleh sebab masalah teknikal (abg) kitorang dah balik rumah mak pada petang hari raya pertama tu juga. hehe..hebat! Kalau kat rumah mak, faham2 je lah..riuh rendah,lintang pukang semua ada. Rumah yang dah berhias pon, tak mcm berhias..haha.. Konvoi beraya ke rumah sanak saudara tetap diteruskan.

Hari demi hari, raya pon berlalu pergi. Pada 9 September, aku melalui satu lagi pengalaman baru dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku dikehendaki menghadirkan diri ke mahkamah untuk kes kemalangan 2010 yg lalu. Plaintif meminta ganti rugi atas kecederaan yang mereka alami. Aku sedikit cuak, pertama: takut kena masuk court. kedua: pergi solo2 jer..cik abg tknk teman :(

Alhamdulillah, berkat doa meminta dan memohon kepada Illahi dan  atas kehebatan peguam berbicara dan memujuk, kes tersebut berjaya di selesaikan di luar mahkamah sahaja. Pihak yang tersebut berjaya menuntut sebanyak 80k. Aku belajar dari kelalaian dan kesilapan.

Cuti hari Malaysia, aku dan keluarga abg pergi bercuti ke Penyabong, Mersing selama 3 hari 2 malam. keluarga abang, kalau ke Penyabong mesti nak memancing.  Mereka akan ke Pulau yang berhadapan dengan jeti Penyabong tersebut dengan menaiki bot. Persiapan mereka sangat lengkap.Enjin bot turut dibawa untuk kemudahan mereka berulang alik dari pulau ke chalet. Hari pertama, ikan alu-alu sepanjang 5 kaki berjaya ditewaskan. memang hebat!
Ikan Alu-alu yang berjaya ditewaskan
Pemandangan dari depan chalet ke pulau

Pulau berhampiran

Aku membantu memasak dan selainnya aku lebih banyak melayan perasaan sendiri termenung di tepi pantai. Pengalaman pergi ke pasar Endau sangat menarik. Ikan segar2 belaka. Pagi Ahad tersebut, aku pergi semula ke pasar Endau untuk membeli ikan2 segar untuk dibawa balik sebagai buah tangan untuk keluarga. Aku juga berkesempatan untuk pergi ke pulau tersebut pada kali ini. Seronok! Aku bercadang untuk ke sana lagi pada masa2 akan datang, jika diizinkan-Nya.

Oh ya! sekarang ni orang sibuk bercerita tentang Legoland. tempohari, kami bercadang juga hendak ke sana, tetapi malangnya ianya belum beroperasi masa tu. so, kami ke Kota Iskandar. aku bangga menjadi anak Johor!
suka!

geng jambu!

sangat suka!


Hmmm..itulah cerita aku selama beberapa bulan kebelakangan ni. Semoga aku rajin nak mengupdate lagi lps nih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan