Isnin, 27 Oktober 2014

Selasa, 15 April 2014

2014 dah masuk bulan ke 4!

Assalamualaikum..

wah..lama betul aku bertapa. macam2 dah dilalui..cuma tak ada masa untuk mencatat.
catatan terakhir..hari lahir emak thn lps..
hari lahir emak tahun ni pon dah leps..macamana tu??

tapi alhamdulillah..emak masih sihat dan semoga dilanjutkan usia untuk terus beribadat kepada- Nya.
 macam2 yang dilalui sepanjang tahun lepas..antaranya..
perginya 'abah' iaitu bapa mertuaku tanpa diduga. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin..
2013 sangat menduga kesabaranku..biarlah ianya menjadi sejarah dan mengambil pengajaran dari segalanya yang berlaku.

2014 datang penuh bersinar. Semoga sinar kebahagiaan akan terus menyinari hidup kami sekeluarga.



Selasa, 19 Februari 2013

Selamat Hari Lahir Mak!

Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,disihatkan tubuh badan dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang..sentiasa dalam rahmat Illahi..Amin

Maaf, jika diri ini masih kurang berbakti kepadamu ibu.....

Isnin, 31 Disember 2012

Tahun Baru Azam baru

Assalamualaikum..

Semoga tahun 2013 akan memberi seribu (dan berjuta2) kemanisan kepada diriku dan seluruh ahli keluarga yang tersayang. Semoga kita dan kamu2 semua sentiasa dalam rahmat Illahi..

Selamat datang 2013! aku sambut dengan senyuman manisszzZZzz :)

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat tinggal 2012 yang penuh sejarah

Tahun 2012 memehatkan banyak perkara baru dalam diari hidup aku. dari yang suka kepada yang duka..
antaranya..

* naik belon! :P

* ditahan di wad (selama ni fobia dgn hospital) dan melalui pengalaman dioperate! peh..tak siapa menyangka kan? semua kuasa Tuhan..

* pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan kes. baru ku tau perasaannya begitu!

* berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan..(selama ni??!) jgn harap!


hmmm..byk lagi..

Isnin, 19 November 2012

rewang merewang

19 - packing paper bag
20 - packing lagi
21 - packing gak..?


sehinggalah tiba ke tarikhnya.. Alhamdulillah selesai juga majlis bahagia untuk syafiq dan diba. tahniah long sebab dpt menantu baru. tk lama lagi dpt cucu berderett...

nanti aku sambung..huhu

Khamis, 8 November 2012

Yeayy!! nak cuti!!

Hari ni hari akhir persekolahan sesi 2012.
Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar.

Sekarang semua tengah sibuk menyiapkan fail2 yang perlu diserahkan kepada mereka2 yang berhak.
hari Sabtu nanti SKPS buat family day di Melaka. nampaknya aku tak dapat lah nak join... Noor anak sedaraku akan melangsungkan pernikahannya pd malam ini dan diikuti pula dengan kendurinya pada Ahad dan Selasa. jadi kita tak payah le nak ke mana2 yer..

Rumah pastinya akan sibuk bila semua berkumpul. ruang terhad, makan, makan dan makan.. hahaha..mcmana la nak berdiet! hoo..MIND SET mmg amat penting ek? hahahha..hadoi la..semoga berjaya!

lepas kenduri Noor, Syafiq pula akan menyusul. tapi sebelum tu, jika diizinkan Allah, aku nak ber 'honeymoon' dulu ke tempat 'sejuk'. insyaAllah.