Ahad, 30 September 2012

Omell ku cayang!

Omell..
bersantai di sebelah kakiku..

jelingan manja

amboi..sedapnya ko lentoq kat bantal mak?

kimo yang ku rindu!*gbr terakhir sebelum dia menghilang*  : |


Omell..anak kucing yang lahir dari generasi entah keberapa si putih, ibu kucing di rumahku. adik beradik dia yang lain semua dah 'selamat' dikebumikan. si omel ni panjang umur, alhamdulillah. mula2 hari tu ingatkan betina..rupanya bila dah agak besar ni, baru lah abang aku sedar akan ke'jantanan' nya. so, ok lah.takde lah banyak sangat kucing betina yang akan melahirkan nanti. hehe..

Omell, warnanya tak sama dgn ibunya. ibunya putih bersih,spesis kucing kampung je. si omel ke perang-perangan warnanya. oleh yang demikian, dah beberapa kali mak aku duk komen, "apsal la comot sangat anak kucing ko ni?" haha..kesiannn ko omell..

dan untuk kesekian kalinya, semalam mak aku suh abang mandikan si omell. siap suh letak clorox, bio putih bersih cam ibunya! hahahahhaa..parahhhh!!

Why MAYBANK should give me tickets to LEGOLAND?


It is because… (Izinkan saya guna Bahasa Melayu secara sopan (hopefully). =)

                                         1. Saya Pelanggan Setia Maybank                                        
Dah berpuluh tahun saya guna perkhidmatan Maybank. Menyimpan, melabur, meminjam, dan yang paling banyak saya buat, mengeluar! Hehe. Nampak tak setianya saya dengan Maybank. Tambah pula ada perbankan online maybank2u.com . Semua di hujung jari. Jimat masa banyak faedah. Thank you Maybank. So as a loyal customer, can I have the tickets? Still can’t right? Yes I know, tak cukup sebab lagi untuk Maybank bagi saya tiket percuma. Teruskan membaca.

                              2. Legoland Taman Tema terbaru di Malaysia                                   
Wow! Impressive and excited bila dapat tahu Legoland akan dibina di Malaysia. Sudahla di negara sendiri, dibina pula di negeri kelahiran dan tempat tinggal saya kini, Johor. Wahh, bersemangat rasanya nak bawa anak-anak buah pergi bermain di sana. Tetapi apakan daya, kami hanya mampu berhenti di hujung highway yang boleh kami intai permainan-permainan dalam Legoland yang meriah dan seronok! Hal ini kerana harga tiket agak membebankan untuk bawa kami semua bermain di dalam sana. Rasa bersalah bila hanya mampu member harapan palsu pada anak-anak buah. =( Duit memang boleh dikumpul, tapi makan masa yang lama. Jika Maybank bagi tiket percuma, kuranglah masa mengumpul. =)
Nak jumpa maskot-maskot Legoland ni!!
                                                  3. Impian Melancong                                                        
Siapa yang tidak teringin untuk melihat suasana di tempat orang lain kan? Jauh perjalanan, luas pemandangan. Impian melancong ke sana-sini hanya mampu dipendam memandangkan kos yang tinggi dan belum dapat dikumpul. Jika dapat masuk ke Legoland? Seronoklah! Sebab di Miniland ada pelbagai tarikan negara-negara serantau Asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand, India, dan lain-lain seperti gambar di bawah ni;



                                      4. Legoland + Maybank = Awesome!                                          
Seharian ber’joging’ serata laman web untuk ambil tahu tentang Legoland. Singgah juga di Facebook Maybank, ada gambar Castle di Legoland yang tersergam dengan Logo Maybank! Wah, partnership yang hebat. Dan saya dapat tahu ada maskot dari Maybank bertema Legoland, namanya Sir Save A Lot? Cool! ^~^

                                              5. Hiburan Keluarga Astro Ceriaaa                                            
Taman tema terbaru ini sangat menarik! Legoland ke-6 di dunia, dan yang pertama di Asia. Kalau dah ke-6, tentulah tarikannya sangat menghiburkan seisi keluarga. Bertaraf antarabangsa. Keluarga pula jenis happy-go-lucky dan sukakan hiburan. 


Sampaikan kalau tak dapat, sanggup pula buat macam Legoman ni;

P/S : Boleh ye Maybank? 2 tiket pun cukup. Syukurrr... Terima kasih!!

Khamis, 27 September 2012

arghhhh!!

Heran betul kan?

Pandai2 plak nak tukar password org?

eh..knape ek??

ada aku kacau keje ngko??

huh!

Rabu, 26 September 2012

UiTM dihatiku..

Aku masuk uitm seawal usia 18 thn. Masa tu mana ada matrik2 nih. Terus degree plak tu! Hebat ke? hehe..nnti sambung dlu cerita..

Pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Tak tau macamana timbul minat tu. Yang aku tau, aku nak mencuba benda yang lain dari akak2 aku. hehe..

Aku berjaya diterima sebagai pelajar seni bina. Diploma-4 tahun. Saat2 awal di uitm mmg mencabar. Maklum lah, tak pernah berjauhan dari mak dan encik.. tapi, aku beruntung sbb ada kakak dan abg ipar yang byk membantu.
Simbiosis ~~ pernah disini   Terima kasih

Namun, atas2 sebab tertentu, aku terpaksa menukar kursus ke Senilukis dan Senireka, setelah 2 tahun di seni bina. Sedih sangat masa tu. Sedih sebab terpaksa melupakan cita2, sedih sebab menghampakan keluarga, sedih sebab meninggalkan kawan2.
kat sini... :P


Senilukis dan Senireka. Pembelajaran diteruskan. Banyak pertolongan dari keluarga yang tak terbalas dari mereka. hanya ucapan terima kasih yang dapat aku ucapkan. Di sini, aku pernah berjaya mendapat anugerah dekan.Alhamdulillah.Uitm aku tinggalkan dengan seribu kenangan..

Hari ini, aku menjadi seorang aku hasil dari pendidikan yang aku terima di Uitm (salah satu darinya) Aku bermastautin di Uitm Shah Alam selama 6 tahun. Shah Alam dah jadi tempat kedua aku selepas BP masa tu. Oh, sungguh banyak kenangannya..

Aku rindu saat2 itu..

Selasa, 25 September 2012

Seronoknya berangan-angan..~~

mandi sampai lebam..


jernihnya..
sejuknya..
nyamannya..
oh!!
berani ke?    










The Summit, Batu Pahat

Semalam aku pegi ke Summit dgn kak sham. hoh..summit dah mcm pasaraya berhantu..huhuhuuhu..
sedih pon ade, sbb tu le tpt dating dolu-dolu... :P

Dulu, org bp tak de pilihan sgt. so,summit jadi tumpuan. Aku masih ingat, asal cuti ujung mnggu je, parking mmg susah dpt. sampaikan depan rumah akak aku tu penuh dgn kereta org tumpang parking.

Sejak adanya BP Mall, Square One dan Carrefour.. Summit seakan dilupakan. Apatah lagi sejak beberapa peristiwa ngeri yang melibatkan kehilangan nyawa yang berlaku di situ, ianya seakan kehilangan seri. Satu persatu kedai telah ditutup. Bowling pon dh takde. Wayang pon ntah la..aku pon malas nk ambil tau. Rasa2nya mcm dh nyawa2 ikan gak tu.






Hotel Summit yang baru didirikan bersebelahannya entah dibuka entah tidak. Kita tunggu dan lihat saja lah..


gambar di ambil dari www.batupahat.org

Ahad, 23 September 2012

Hari baru

Bismillah...

Hari ni abang pergi membaja di kebun abah. Semoga dia konsisten dgn apa yang dia sedang lakukan skrg ni.InsyaAllah..

Jumaat, 21 September 2012

Hampa dan kecewa

Aku menyesal??

Menyesal????

Menyesalllllllllllllllllll????????????

Rabu, 19 September 2012

Catatanku..



Hai semua. Amboi,raya dah pon berlalu, baru nk update blog? hebatnya kau..
Alhamdulillah, raya tahun ni disambut secara sederhana tapi meriah.Sepanjang bulan puasa, letih membantu cik abg berniaga. Akhirnya aku gak yang mcm nk pengsan! Ingat, thn dpn kalau panjang umur.. aku tknak lagi berniaga kat depan sharp tu. huh..jauh berbatu2, tp kurang sambutan. takpe, adat berniaga. redha je lerrr

Raya thn ni di rumah mertua. Aku membantu setakat yang perlu. Masa memasak untuk mengunjung, mak mertua dah siapkan awal2. Aku tlg membungkus je la..hehehe.. Raya pertama, mak mertua ckp nk buat makan ala2 kampung.So, aku buat kerabu kacang panjang dengan kerabu kacang botol. sedappp! *peh..perasan sendiri nampak!* pastu ade ikan kering bulu ayam digoreng, limpa goreng halia dan ayam masak merah. alhamdulillah..

Oleh sebab masalah teknikal (abg) kitorang dah balik rumah mak pada petang hari raya pertama tu juga. hehe..hebat! Kalau kat rumah mak, faham2 je lah..riuh rendah,lintang pukang semua ada. Rumah yang dah berhias pon, tak mcm berhias..haha.. Konvoi beraya ke rumah sanak saudara tetap diteruskan.

Hari demi hari, raya pon berlalu pergi. Pada 9 September, aku melalui satu lagi pengalaman baru dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku dikehendaki menghadirkan diri ke mahkamah untuk kes kemalangan 2010 yg lalu. Plaintif meminta ganti rugi atas kecederaan yang mereka alami. Aku sedikit cuak, pertama: takut kena masuk court. kedua: pergi solo2 jer..cik abg tknk teman :(

Alhamdulillah, berkat doa meminta dan memohon kepada Illahi dan  atas kehebatan peguam berbicara dan memujuk, kes tersebut berjaya di selesaikan di luar mahkamah sahaja. Pihak yang tersebut berjaya menuntut sebanyak 80k. Aku belajar dari kelalaian dan kesilapan.

Cuti hari Malaysia, aku dan keluarga abg pergi bercuti ke Penyabong, Mersing selama 3 hari 2 malam. keluarga abang, kalau ke Penyabong mesti nak memancing.  Mereka akan ke Pulau yang berhadapan dengan jeti Penyabong tersebut dengan menaiki bot. Persiapan mereka sangat lengkap.Enjin bot turut dibawa untuk kemudahan mereka berulang alik dari pulau ke chalet. Hari pertama, ikan alu-alu sepanjang 5 kaki berjaya ditewaskan. memang hebat!
Ikan Alu-alu yang berjaya ditewaskan
Pemandangan dari depan chalet ke pulau

Pulau berhampiran

Aku membantu memasak dan selainnya aku lebih banyak melayan perasaan sendiri termenung di tepi pantai. Pengalaman pergi ke pasar Endau sangat menarik. Ikan segar2 belaka. Pagi Ahad tersebut, aku pergi semula ke pasar Endau untuk membeli ikan2 segar untuk dibawa balik sebagai buah tangan untuk keluarga. Aku juga berkesempatan untuk pergi ke pulau tersebut pada kali ini. Seronok! Aku bercadang untuk ke sana lagi pada masa2 akan datang, jika diizinkan-Nya.

Oh ya! sekarang ni orang sibuk bercerita tentang Legoland. tempohari, kami bercadang juga hendak ke sana, tetapi malangnya ianya belum beroperasi masa tu. so, kami ke Kota Iskandar. aku bangga menjadi anak Johor!
suka!

geng jambu!

sangat suka!


Hmmm..itulah cerita aku selama beberapa bulan kebelakangan ni. Semoga aku rajin nak mengupdate lagi lps nih..