Isnin, 19 November 2012

rewang merewang

19 - packing paper bag
20 - packing lagi
21 - packing gak..?


sehinggalah tiba ke tarikhnya.. Alhamdulillah selesai juga majlis bahagia untuk syafiq dan diba. tahniah long sebab dpt menantu baru. tk lama lagi dpt cucu berderett...

nanti aku sambung..huhu

Khamis, 8 November 2012

Yeayy!! nak cuti!!

Hari ni hari akhir persekolahan sesi 2012.
Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar.

Sekarang semua tengah sibuk menyiapkan fail2 yang perlu diserahkan kepada mereka2 yang berhak.
hari Sabtu nanti SKPS buat family day di Melaka. nampaknya aku tak dapat lah nak join... Noor anak sedaraku akan melangsungkan pernikahannya pd malam ini dan diikuti pula dengan kendurinya pada Ahad dan Selasa. jadi kita tak payah le nak ke mana2 yer..

Rumah pastinya akan sibuk bila semua berkumpul. ruang terhad, makan, makan dan makan.. hahaha..mcmana la nak berdiet! hoo..MIND SET mmg amat penting ek? hahahha..hadoi la..semoga berjaya!

lepas kenduri Noor, Syafiq pula akan menyusul. tapi sebelum tu, jika diizinkan Allah, aku nak ber 'honeymoon' dulu ke tempat 'sejuk'. insyaAllah.

Rabu, 7 November 2012

Hari Anugerah Kualiti Pendidikan

Macam biasa, aku kan muka backdrop dari dulu lagi. so, kali ni pon aku yang kena. tp kali ni simple jer..sbb banner nya hari tu bukan aku yg design. hasilnya terlalu kecil..tak menepati citarasa aku.

apa yang boleh aku buat utk menyedapkan mata memandang, tambah2 lah hiasan di pentas.. heh

aku lebih suka hasil thn lepas. puas hati. ah..

pagi2 lagi, gpk hem dah suruh buat sijil. ok, aku siapkan. rupa2nya ada silap nama pada sijil budak!peh... nur amirah hasanah mana la yang aku ingatkan ni...! mujur la ada idea2  yang boleh menyelamatkan keadaan..hadoiii..

ni majlis masih berlangsung..aku duk update blog..hahahha..

 see ya!